Latar Belakang Majlis Daerah Batu Gajah
SEJARAH
Pengenalan
Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) ditubuhkan pada 01 September 1977 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan pentadbiran MDBG terbaru (19 Disember 2002) berjumlah lebih kurang 41920 hektar (104800 ekar) dengan jumlah penduduk kira-kira seramai 97,265 orang. Pusat Pentadbiran MDBG terletak di bandar Batu Gajah dan mempunyai 3 buah pejabat cawangan iaitu Pekan Pusing, Pekan Tronoh dan Pekan Tg. Tualang. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran di samping melaksanakan kawalan yang lebih komited ke atas segala aspek pembersihan dan pembangunan bandar. Sebagai sebuah organisasi yang diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), MDBG juga bertanggungjawab di dalam Perancangan dan Pembangunan kawasan pentadbirannya bagi mengujud dan melahirkan satu corak kehidupan masyarakat yang sejahtera, berbudaya, berilmu demi menuju ke arah alaf akan datang. Kawasan Majlis Daerah Batu Gajah meliputi meliputi lima mukim iaitu Sg. Terap, Blanja, Tg.Tualang, dan sebahagian Sg.Raia dan Hulu Kinta. Kawasan pentadbiran utama ialah Batu Gajah manakala Bandar lain ialah Tg.Tualang, Pusing, Tronoh, Papan, Sg. Durian, Seputeh dan Sg.Raia.
MDBG juga berjaya merangkul beberapa anugerah seperti Anugerah Pejabat Terbaik (Ketiga) Tahun 2003 (Kategori PBT Negeri Perak), Anugerah Kempen Jalur Gemilang (Pertama) Tahun 2003 (Kategori PBT Negeri Perak) dan Anugerah Perbarisan Kawad Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2004 - Johan (Kategori Jabatan Kerajaan).
Batu Gajah mempunyai sejarah kemujudan yang unik, sila klik di sini untuk melihat artikel yang diperoleh dari Buku Sejarah, Batu Gajah Sepintas Lalu. (Sumbangan Sekolah Menengah Sultan Yusuf, SYS)